Jumaat, 6 September 2013

MENGAPA DOA SANGAT MUSTAJAB DI HADAPAN KAABAH



Berpandukan sunnah Rasulullah, baginda sentiasa mengacau minuman dan makanan dengan menggunakan arah lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia sebagai sunnah yang memberi kita petunjuk.

Pergerakan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam.Pergerakan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam.Begitu juga peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam.Planet-planet di angkasa juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan jam.Matahari berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.Tidak dilupakan, galaksi juga bergerak mengikut arah lawan jam.

Dalam fizik, Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule) menerangkan bahawa jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikut arah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.

Ketika jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada suatu arus elektrik yang besar, terjana daripada bio electrons dalam tubuh manusia, bergerak mengikut arah lawan jam yang mengelilingi Kaabah. Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.


Jadi dari situlah rahsia mengapa apabila kita berdoa di Multazam sangat mustajab. Ini kerana tenaga dari doa kita menumpang gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah. Maka kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda. Moga Allah memberi Petunjuk Ke jalan Yang Lurus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan