Ali ra. berkata; Nabi saw. bersabda:
"Allah ta'ala berfirman: "Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku. Barangsiapa mengakui ke-Esaan-Ku ia masuk benteng-Ku dan baransiapa memasuki benteng-Ku ia aman dari siksaan-Ku".
(Hadis Riwayat As-Syirazi dalam kitab Al-Alqab dari Ali)
Berzikir bukanlah hanya lafaz yang keluar dari lisan, tetapi suatu hakikat yang mengakar umbi dalam jiwa sehingga dapat menjadikan manusia terhubung dengan sang pencipta, iaitu Allah Swt.
Intipati dari mengingat Allah adalah hati dan jiwa kita. Iaitu dengan mengingat Allah Swt, manusia merasakan kehadiran dan Kebesaran-Nya.
Ucapan zikir yang keluar dari lisan seseorang merupakan reaksi dari hubungan yang terjadi antara jiwa manusia bersama Tuhan-Nya.
Zikir yang di gabungkan dengan teknik pernafasan yang betul atau di sebut sebagai zikir nafas akan memberi kesan yang hebat.
Iman GHAZALI mengatakan zikir yang di lakukan dengan cara menahan nafas akan mempercepatkan proses penyucian hati [membakar mazmumah] Pernafasan yang betul akan memaksimumkan penyerapan oksigen yang amat penting dalam kehidupan dan kesihatan manusia.
Kekurangan oksigen akan menyebabkan sesaorang terdedah kepada pelbagai penyakit saperti kanser, gangguan saraf, leukimia dan lain-lain lagi.
Rawatan melalui zikir akan menumpukan pengumpulan getaran tenaga rohani pada qalbi [jantung] untuk mengeluarkan syaithan dari dalam darah. Apabila tenaga rohani itu terkumpul di jantung, maka ia akan menghantar tenaga itu ke seluruh badan melelui sistem peredaran darah, seterusnya menghancurkan segala gelombang tenaga yang rendah [jin dan shaitan] tidak kira di mana ia berada dalam tubuh pesakit.
Rawatan gangguan makhluk halus sama ada dari jin atau sihir dengan mengeluarkan penyakit dari diri serta memastikan pesakit mempunyai sistem pertahanan yang kuat agar segala sihir dan iblis tidak dapat menembusi nya semula setelah ia sembuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan