Jumaat, 6 September 2013

KELEBIHAN SURAH YASIN






khasiat surah yasin yang juga jantung kepada kitab suci umat islam iaitu Al-Quran. Boleh dikatakan dari ayat pertama sehingga ayat terakhir surah yassin mempunyai kalfiat dari doa penyeri wajah, sehinggalah ayat pelindung diri.

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri.

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutamanya orang kafir.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid. 

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita.

Ayat 30 - Untuk keinsafan, Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t.

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. 
*Tiupan Pertama - Datang dengan tiba-tiba *Tiupan Kedua - Hancur 
*Tiupan Ketiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Diulang sebanyak 3 kali.

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Baca Sambil pegang dan urut dada.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, patah tulang dan badan. Untuk doa bacalah bermula dari Ayat 78 yang bermaksud: “Dia berkata, Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?". Ayat 79. "Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk”.

Ayat 82 - Untuk Hajat, Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis diulang bacaan sehingga 40 hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan