Jumaat, 6 September 2013

MENGAPA DOA SANGAT MUSTAJAB DI HADAPAN KAABAH



Berpandukan sunnah Rasulullah, baginda sentiasa mengacau minuman dan makanan dengan menggunakan arah lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia sebagai sunnah yang memberi kita petunjuk.

Pergerakan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam.Pergerakan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam.Begitu juga peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam.Planet-planet di angkasa juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan jam.Matahari berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.Tidak dilupakan, galaksi juga bergerak mengikut arah lawan jam.

Dalam fizik, Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule) menerangkan bahawa jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikut arah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.

Ketika jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada suatu arus elektrik yang besar, terjana daripada bio electrons dalam tubuh manusia, bergerak mengikut arah lawan jam yang mengelilingi Kaabah. Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.


Jadi dari situlah rahsia mengapa apabila kita berdoa di Multazam sangat mustajab. Ini kerana tenaga dari doa kita menumpang gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah. Maka kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda. Moga Allah memberi Petunjuk Ke jalan Yang Lurus.

WAKTU DAN TEMPAT DOA MUSTAJAB


16 WAKTU DIMAKBULKAN DOA

‪#‎MALAM‬ JUMAAT ATAU SIANGNYA
#MALAM HARI RAYA AIDIL FITRI
#MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA
#MALAM 10 MUHAMRRAM
#MALAM NISFU SYA’ABAN
#MALAM ‘LAILATUL QADAR’
#MALAM SEPERTIGA MALAM YANG AKHIR
‪#‎KETIKA‬ HENDAK BERBUKA
‪#‎ANTARA‬ AZAN DAN IQAMAH
‪#‎PADA‬ WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH
‪#‎SETELAH‬ SELESAI SOLAT FARDHU
#ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR
‪#‎SELEPAS‬ KHATAM AL-QURAN
#KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU
#SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH
#SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN


16 TEMPAT DIMAKBULKAN DOA

#KETIKA MELIHAT KAA’BAH
‪#‎DITEMPAT‬ MELAKUKAN TAWAF
‪#‎DISISI‬ MULTAZAM
‪#‎DIBAWAH‬ PANCURAN EMAS
#DISISI TELAGA ZAMZAM 
#KETIKA TENGGELAM MATAHARI
‪#‎DIBELAKANG‬ MAKAM IBRAHIM
‪#‎DIATAS‬ BUKIT 
‪#‎SOLAT‬
DIATAS BUKIT MARWAH
#DITEMPAT SA’I
‪#‎DI‬ ARAFAH TERUTAMA SELEPAS ASAR ‪#‎MENJELANG‬ MATAHARI HENDAK MASUK
#DI MUZDALIFAH
#DI MINA
#DISISI JAMRAH AL-ULA
#DISISI JAMRAH AL-WUSTO
#DISISI JAMRAH AL-’AQABAH
#DIDALAM RAUDHAH MASJID NABAWI (MADINAH)

Terdapat lebih kurang 55 tempat lain yang diperkenankan doa kerana ia sebagai syiar ibadah Haji dan tempat-tempat ibadah yang disunnatkan.

ALLAH MEMBERI AKAL UNTUK BERFIKIR



"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"
(Al-An'aam 6:32)



Perintah untuk berpikir (tafakkarun) 


۞ يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْخَمْرِ وَٱلْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَآ إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَٰفِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ وَيَسْـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ ٱلْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلْءَايَٰتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ 

"Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan". Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir", QS. Al-Baqarah [2] Ayat 219 : 


أَيَوَدُّ أَحَدُكُمْ أَن تَكُونَ لَهُۥ جَنَّةٌ مِّن نَّخِيلٍ وَأَعْنَابٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ لَهُۥ فِيهَا مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِ وَأَصَابَهُ ٱلْكِبَرُ وَلَهُۥ ذُرِّيَّةٌ ضُعَفَآءُ فَأَصَابَهَآ إِعْصَارٌ فِيهِ نَارٌ فَٱحْتَرَقَتْ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلْءَايَٰتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ 

"Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dia mempunyai dalam kebun itu segala macam buah-buahan, kemudian datanglah masa tua pada orang itu sedang dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin keras yang mengandung api, lalu terbakarlah. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu supaya kamu memikirkannya".  QS. Al-Baqarah [2] : Ayat 266


قُل لَّآ أَقُولُ لَكُمْ عِندِى خَزَآئِنُ ٱللَّهِ وَلَآ أَعْلَمُ ٱلْغَيْبَ وَلَآ أَقُولُ لَكُمْ إِنِّى مَلَكٌ ۖ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰٓ إِلَىَّ ۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِى ٱلْأَعْمَىٰ وَٱلْبَصِيرُ ۚ أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ 

"Katakanlah: Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahwa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah: "Apakah sama orang yang buta dengan yang melihat?" Maka apakah kamu tidak memikirkan(nya)?"  QS. Al-'An`am [6] : Ayat 50 ` 


SURAH AL-HASYR AYAT 21 - 24




021. Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

022. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


023. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

024. Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

RAHSIA ZIKIR




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آياتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًَا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah S.W.T.(dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah” ( surah al-Anfal,ayat 2.)

Zikrullah (mengingat Allah) merupakan amalan yang sangat agung. Ia merupakan sebab diturunkannya berbagai nikmat, Penolak segala bala’ dan musibah. 

Zikir juga merupakan sebab kuatnya hati dan penyejuk hati manusia.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Al-Munafiqun: 9)

Amalan berzikir ini mempunyai manfaat yang sangat besar. Baik dalam kehidupan duniawi maupun ukhrawi. 

Allah Swt menggolongkan orang-orang yang lalai dalam mengingat-Nya sebagai kelompok yang rugi.

ZIkir mempunyai getaran tenaga rohani yang mempunyai cahaya yang sangat hebat dari alam Lahut. Getaran tenaga rohani dari zikir akan menyucikan segala kekotoran pada qalbi sehingga akan terkeluar cahaya alam lahut yang tertutup selama ini di sebabkan kekotoran nya. 

Cahaya ini akan bersinar dan meningkatkan frekuensi cahaya pada qalbi dan seterusnya mengeluarkan segala tenaga yang rendah pada jiwa nya [mazmumah] Ia akan bergerak menguatkan ruh sultani iaitu cahaya akal sehingga akalnya mempunyai daya ketahanan yang kuat, berfikiran tajam dan kreatif. 

Getaran cahaya yang tinggi ini juga akan menguatkan ruh jasmani atau TENAGA DALAM yang bergerak aktif dalam tubuh nya. Gelombang inilah yang mengawal segala fungsi dan organ dalam tubuh manusia. Apabila tenaga ini terganggu atau lemah, maka ia akan mendedahkan sesaorang kepada pelbagai penyakit.

Tenaga dalam badan ini juga mewujudkan medan magnetik yang juga di sebut AURA. Ia mengeliling seluruh tubuh dan menjadi benteng pertahanan diri seseorang yang dapat mengesan semua gelombang di sekeliling nya samada negetif atau positif.

Semakin kuat tenaga dan tebal lapisam AURA dalam tubuh, maka akan semakin kuatlah medan magnet atau benteng diri sebagai Perisai Tubuh.

HAKIKAT ZIKIR YANG SEBENAR



Ali ra. berkata; Nabi saw. bersabda:
 "Allah ta'ala berfirman: "Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku. Barangsiapa mengakui ke-Esaan-Ku ia masuk benteng-Ku dan baransiapa memasuki benteng-Ku ia aman dari siksaan-Ku".
(Hadis Riwayat As-Syirazi dalam kitab Al-Alqab dari Ali)

Berzikir bukanlah hanya lafaz yang keluar dari lisan, tetapi suatu hakikat yang mengakar umbi dalam jiwa sehingga dapat menjadikan manusia terhubung dengan sang pencipta, iaitu Allah Swt. 

Intipati dari mengingat Allah adalah hati dan jiwa kita. Iaitu dengan mengingat Allah Swt, manusia merasakan kehadiran dan Kebesaran-Nya. 

Ucapan zikir yang keluar dari lisan seseorang merupakan reaksi dari hubungan yang terjadi antara jiwa manusia bersama Tuhan-Nya.

Zikir yang di gabungkan dengan teknik pernafasan yang betul atau di sebut sebagai zikir nafas akan memberi kesan yang hebat.

Iman GHAZALI mengatakan zikir yang di lakukan dengan cara menahan nafas akan mempercepatkan proses penyucian hati [membakar mazmumah] Pernafasan yang betul akan memaksimumkan penyerapan oksigen yang amat penting dalam kehidupan dan kesihatan manusia. 

Kekurangan oksigen akan menyebabkan sesaorang terdedah kepada pelbagai penyakit saperti kanser, gangguan saraf, leukimia dan lain-lain lagi. 

Rawatan melalui zikir akan menumpukan pengumpulan getaran tenaga rohani pada qalbi [jantung] untuk mengeluarkan syaithan dari dalam darah. Apabila tenaga rohani itu terkumpul di jantung, maka ia akan menghantar tenaga itu ke seluruh badan melelui sistem peredaran darah, seterusnya menghancurkan segala gelombang tenaga yang rendah [jin dan shaitan] tidak kira di mana ia berada dalam tubuh pesakit.

Rawatan gangguan makhluk halus sama ada dari jin atau sihir dengan mengeluarkan penyakit dari diri serta memastikan pesakit mempunyai sistem pertahanan yang kuat agar segala sihir dan iblis tidak dapat menembusi nya semula setelah ia sembuh.

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH



Al-Syahadatain (dua kalimah syahadah) adalah merupakan lafaz yang wajib diketahui dan dii`tikadkan oleh setiap muslim. Ia juga merupakan lafaz yang wajib diucapkan oleh orang-orang kafir bagi melambangkan keislaman mereka.

Lafaz Dua Kalimah Syahadah ialah:

أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ

Maksudnya:

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah”.

Perhatian: Lafaz ashhadu (أشهد) yakni “aku bersaksi” mengandungi tiga makna serentak iaitu:

1. (أعلم) yakni “aku mengetahui”,
2. (أعتقد) yakni “aku mempercayai” dan
3. (أعترف) yakni “aku mengiktiraf”.

HUKUM MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA:

Jika seruan asas Islam iaitu Dua Kalimah Syahadah sampai kepada sesiapa yang mukallaf, maka wajib ke atasnya menganut agama Islam, tetap dalam agama Islam dan beramal dengan syariat Islam.

Untuk menganut agama Islam, seseorang yang kafir wajib mengucap Dua Kalimah Syahadah berserta dengan i`tiqad yang benar lagi utuh.

Lafaz Dua Kalimah Syahadah tidak disyaratkan dengan lafaz yang dimulakan dengan lafaz ashhadu (أشهد) untuk mengesahkan kemasukan seseorang ke dalam agama Islam. Bahkan, ianya boleh dilafazkan dengan ungkapan lain yang mempunyai makna yang sama dengannya meskipun bukan dalam bahasa Arab.

Kefardhuan melafazkan Dua Kalimah Syahadah ke atas seluruh umat Islam kekal dalam setiap solat supaya solat menjadi sah menurut mazhab al-Imam al-Syafi`e.

Orang yang dilahirkan di dalam Islam dan beri`tiqad dengan Dua Kalimah Syahadah tidak disyaratkan mengucap dua kalimah syahadah untuk menjadi orang Islam. Bahkan dia sebenarnya sudah menjadi orang Islam kerana didikan dan asuhan yang diterima olehnya adalah berdasarkan kepada aqidah yang sahih.

Menurut ulama dalam mazhab Maliki bahawa Dua Kalimah Syahadah wajib diucapkan sekali seumur hidup ke atas setiap mukallaf setelah mencapai usia baligh dengan niat fardhu. Ini adalah kerana mazhab mereka tidak mewajibkan bacaan tahiyyat dalam solat, bahkan mereka hanya menganggapnya sebagai sunat. Sedangkan menurut ulama dalam mazhab-mazhab yang lain seperti ulama mazhab Syafi`e dan mazhab Hanbali, dua kalimah syahadah adalah wajib dilafaz dalam setiap solat bagi memastikan solat menjadi sah.

Iman dan Islam seseorang itu tidak sah dan segala amalan kebajikannya tidak diterima tanpa dua kalimah syahadah yakni tanpa iman yang benar.

Ucapan syahadah pertama wajib diiringi dengan ucapan syahadah kedua bagi mengesahkan keislaman seseorang yang mahu memeluk agama Islam. Itulah kadar minima untuk selamat dari kekal abadi di dalam api neraka.

Oleh itu setiap manusia wajib meyakini secara jazam (putus) tentang kewujudan Allah ta`ala dan Allah ta`ala mempunyai sifat-sifat yang sempurna. Seseorang itu juga wajib juga beri`tiqad bahawa apa yang di bawa oleh Rasulullah adalah benar belaka tanpa ada syak, zan dan waham.